January 10, 2013

..Salam Jumaat...









Salam Jumaat untuk semua...hari demi hari yang berlalu kehidupan ini makin dugaan dan cobaan ye..sampai kadang-kadang aku rasa aku tidak begitu mampu untuk menghadapi ini semua. Alhamdulilah segala kenikmatan yang aku dapat sejak akhir-akhir ini membuatkan aku sujud syukur kepadaNYA. Aku tahu Allah S.W.T memberi aku sedikit kenikmatan terhadap diri aku supaya aku lebih bersedia dalam menghadapi dugaan yang lebih berat untuk aku hadapi kelak.Allah S.W.T itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segala yang berlaku di atas muka bumi ini, doa aku untuk kedua-dua arwah ibu bapa aku tidak pernah putus dan doa untuk kesejahteraan keluarga aku juga tidak pernah aku lupakan. Keluarga merupakan aset yang paling bernilai dalam hidup aku tanpa mereka siapalah aku ini. Anak saudara sebagai penerang hidup aku membuatkan hidup aku berwarna warni setiap kali bertemu mereka.Memang aku gemar berkongsi cerita tentang anak saudara aku kepada kawan-kawan aku, menggambarkan betapa gembiranya hidup aku bila bersama mereka tetapi aku tahu kadang-kadang mereka pun sudah jemu untuk mendengar. Setiap progress yang anak sedara aku akan aku kongsikan sehingga salah seorang kawan aku mengatakan yang semua benda nak cerita. Aku tidak terasa tetapi mungkin ayat itu menjadi pengajaran untuk aku yang bukan semua yang kita nak cerita orang ingin mendengar.Walaupapun, aku tidak sabar menunggu kelahiran dua orang lagi anak saudara aku. Alhamdulilah makin ramai umat Nabi Muhammad S.A.W atas muka bumi ini. Anak adalah rezeki kehidupan maka hargailah mereka seperti mana kita menghargai setiap rezeki yang Allah S.W.T bagi kepada kita. Insyaallah...

Ibu & Baba of PNAI baby
Puteri Nur Aisyah Iman

PaPa & MaMa Of MHH baby
Muhammad Hanif Haikal
Muhammad Hafiz Hadziq
Abg & Na..(waiting for the baby)
waiting for the Right Man

..that me...unmarried yet..



No comments: