January 12, 2013

..perasaan..


Indah sungguh malam ini, bertemankan pemandangan Masjid Besi di Putrajaya ini hati aku sedikit terusik dalam memunasah diri aku dengan melihat masjid itu. Akhir-akhir ini hati dan diri aku sangat sensitif. Aku dengan si dia tiada sebarang masalah tetapi dengan teman-teman yang lain mungkin kot atau mungkin itu hanya mainan perasaan.  Setiap kali solat aku sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup bagi orang sekeliling aku tetapi hati aku sering kali melihat yang persahabatan aku ini mempunyai unsur iri hati sesama kami. Setiap persahabatan yang ada mesti kita akan mencari seorang yang betul-betul ikhlas mendengar isi hati kita. Tetapi hanya satu yang kita tidak tahu sama ada seseorang itu ikhlas mendengar atau tidak. Dalam sesuatu persahabatan itu juga bukan semua senang jika melihat kita rapat dengan orang lain mesti perasaan cemburu atau iri hati mesti akan timbul dengan serta merta. Tetapi kebenaranya aku sendiri tidak tahu betul atau tidak. Mungkin mainan perasaan lagi..aku sedkit pun tidak menyalahkan mereka tetapi aku menyalahkan diri aku kembali kerana berperasaan begitu terhadap kawan baik aku. Mainan perasaaan tidak pernah habis aku akan cuba jadi seperti dulu dengan memendam rasa..:) Mungkin ini masanya dugaan persahabatan bagi aku pula..Allah sentiasa adil aku tahu keadaan aku akan pulih sedia kala kembali..mintak maaf kawan-kawan atas salah silap aku..






No comments: