December 31, 2012

..selamat tinggal 2012...


Alhamdulilah Allah S.W.T telah memanjangkan umur aku untuk merasai tahun 2013..bagaimanapun, 2012 telah banyak memberi pengajaran kepada aku..dugaan demi dugaan yang mendatang banyak mengajar aku dalam kehidupan aku nie..bilangan keluarga aku yang semakin menambah, persahabatan yang memberi seri di dalam hidup aku dan juga persahabatan yang goyah yang sebenarnya sedang mengajar kami semua akan kesetiaan di dalam sesuatu persahabatan itu..betapa kami sabar dalam menghadapi perubahan dan juga masalah di dalam persahabatan kami, betapa kami bersabar dalam memberi kata-kata sokongan kepada setiap sahabat kami yang memerlukan dan juga betapa kami bersabar dalam menanti setiap kegembiraan itu datang kembali. Semester terakhir merupakan semester yang ingin aku calitkan dalam hidup aku sebagai semester yang paling terbaik pernah aku rasai. Tahun 2013 merupakan saksi akan kegembiraan itu dan semoga impian itu akan tercapai amin. biarpun keluarga aku sedang mengalami musibah yang teruk ketika di dalam kejadian banjir baru-baru ini tetapi ini tidak mematahkan semangat kami sekeluarga untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Tabah dan sabar merupakan ubat yang paling mujarab untuk hati kami sekeluaraga di samping doa sebagai pengiring kami. semoga Allah S.W.T terus tabahkan hati kami amin..


..keluarga tersayang saya..

..keluarga kedua saya..insyallah..


...banjir yang teruk...

...Fakhurazi...


...Azri....

..its me...

..umi..


...nazrul..
...yasmin..
..fadzli...

...aisyah...




...nadia...
..kawan setia saya..Laila


...Faris...





...Harzim..




#SELAMAT TAHUN BARU#






December 5, 2012

..Till Jannah..








20.10.2012 mungkin tarikh yang dah agak lama untuk berkongsi cerita yang ada..tetapi tidak salah berkongsi cerita yang baik kan daripada kita bercerita tentang keburukan orang lain..ya, disebalik tarikh itu..selamat ye wali aku atau abang aku menamatkan zaman bujang ye..Alhamdulilah majlis yang sederhana telah diadakan bagi meraikan kedua-dua pengantin..hanya gambar yang dapat diberi sebagai tatapan semua..dan aku juga syukur ke hadrat ilahi kerana keluarga aku bakal ada orang baru kelak..Insyaallah..4weeks already itulah usia kandungan kakak ipar ku..semoga semua ye selamat dan diberkati oleh Allah S.W.T selalu..Amin..:) mintak maaf ye..xtaw laa kenapa gambar jadi macam tue bila upload..:(























December 4, 2012

...Happy Birthday Muhamad Zulfadli Abd Azam

#PALI#
05.12.2012 selamat hari ulang tahun untuk kamu pali..

---> semoga kamu berjaya mencapai segala matlamat di dalam hidup..

---> Dirahmati selalu oleh Allah S.W.T

---> Dimurahkan rezeki...


...Berkat Doa..




Indah rasa ye hidup ini dengan adanya orang sekeliling kita yang tidak pernah jemu menyayangi kita. Alhamdulilah lagi beberapa hari hubungan aku dengan MNMK akan mencecah 1 Tahun 5 Bulan...berkat doa bersama kami masih lagi bersama-sama mencuba mengharungi hidup dan juga mempelajari erti hidup yang setiap berubah setiap hari. semoga hubungan ini sentiasa mendapat keredhaan Nya..amin..:) mungkin belum terlambat untuk aku ucapkan Happy Big Day Dear dkt MNMK...semoga awak sentiasa berjaya dalam hidup awak..



#nazyuli#
...happy birthday...

..only this one that i can give to him...

..Bertambah Umat Islam...


cerita seterusnya adalah yang ingin aku kongsikan adalah..alhamdulilah Allah S.W.T mempermudahkan rezeki ahli-ahli keluarga..dengan berkat doa akhirnya bertambah lah kakak aku seorang lagi penerang hati di dalam hidup mereka..sekarang kandungan kakak aku maybe berusia 6 bulan sudah..hanya doa merupakan pengiring yang terbaik di dalam setiap perkara yang kita lakukan...begitu juga aku hanya doa yang mampu aku berikan..semoga kakak aku tabah menempuhi dugaan seorang ibu mengandung..amin....


...Happy Family...

Puteri Nur Aisyah Iman Bt Abu Bakar

..Anak Pertama Mereka...

...Mereka Sentiasa Tabah Menjalani Hidup Berumah Tangga...

..Semoga Mereka Bersama Till Jannah...

..menyapa seketika..

Assalamuaikum..terlalu blog ini dibiarkan sunyi seperti tiada pemilk..kurang ye masa mungkin adalah alasan paling kukuh yang boleh diberi..:) alhamdulilah pejam celik pejam celik hanya tinggal satu semester lagi bagi aku di Politeknik Merlimau...welcome to the working world?? i am not ready yet actually. 3years maybe are already enough to me to play with my life and actually i have to move on with my life and not become pampered girl anymore..terlalu banyak perkara suka duka yang berlaku sepanjang tahun 2012 yang bakal berakhir tak lama lagi nie..

Sepanjang semester di politeknik banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar..siapa kawan dan siapa lawan..hidup ini sangat mudah kalau kita merancangnya untuk jadi yang terbaik dalam hidup..seperti kata-kata Christine Northrup merasa bersyukur dan menghargai seseorang atau sesuatu dalam kehidupan anda akan menarik lebih banyak hal yang anda syukuri dalam hidup anda...

Kata-kata yang sentiasa aku pegang dalam hidup aku. hidup tidak semudah yang disangka kan, kadang kala ada sebahagian orang tidak suka akan cara kita menjalani dan merancang hidup kita..tetapi keluarga adalah penyokong yang paling setia bersama kita. Jadi utamakanlah keluarga dulu baru lah yang lain..

Terlalu banyak yang ingin dikongsi..Insyaallah ada masa dapat lah aku berkongsi ceritera cerita hidup aku ini..thanks sudi membaca..semoga anda semua diberkati oleh Allah S.W.T selalu..:)